Want your
own Fotopage?






















 
Photo Phobia FotoPage
Malaysia
By: Photo Phobia Maniac

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 27-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
SENJA TERAKHIR DI FLAT USANG

 
 
 
View all 6 photos...

Care to comment?


Sunday, 16-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
BERBUKA DI RESTORAN MEJAAKU @ MAJU JUNCTION

 
 
 
View all 9 photos...
AHAD~Tekakku dah semakin reda sakitnya. Mungkin kerana ubat yang doktor Cina tu kasi memang mujarab sekali. Tapi aku kena jugak berpantang. Tak boleh minum ais. Pagi Ahad, aku duk lepak rumah. Sambil buat gosip Holly dan Bolly. Dah jemu bergosip, aku cari bahan FonNovela untuk disubmit pada minggu ini. Ohya, aku ada menerima 2 novel dari pembaca blog FonNovela. Yang peliknya, aku dah kasi tau bos pasal 2 orang pembaca ni, tapi bos aku tak layan pertanyaan aku. Tak pe, may be dia tengah sibuk dan takde masa nak layan aku. Hahahaha....

Abby sibuk ngadu yg dia dah jemu makan kat rumah. Aku pulak malas nak keluar makan kat restoran. Jadi, nak tak nak aku kena penuhi permintaan housemate aku tu. Mulalah aku bukak blog Imran. Dulu dia ada letak senarai hotel yang buat buffet berbuka puasa. Mula aku tanya dia, mana satu dia nak sebab aku nak belanja dia makan. Lepas tu, dia kata tak nak pulak. Aiyo banyak songeh la dia nih.

Kemudian, dia keluar pergi beli lauk kat bazar ramadhan. Sebelum tu, dia suruh aku masak nasi 3 cawan. Memang banyak tu kalau dah 3 cawan. Jadi aku masakla 3 cawan. Lepas tu dia sesampai rumah, dia ngadu pulak takde banyak lauk kat bazar. Jadi, dia nak makan kat luar jugak. Aku pun suggest kat dia Restoran Mejaaku. Kata imran kat blog dia, makanan kat situ boleh tahan. Lagi pun dekat ngan rumah aku. Pergi ngan monorail je. Jadi, Abby bersetuju. Setujulah sebab aku yang belanja dia. RM29.00++ per person. Aku cakap kat dia, masakan kat situ sedap sebab imran tu dah 2 tahun berturut-turut berbuka kat situ. Jadi dia pun kata OK....

Sesampai kat Maju Junction, terus tempah 1 meja. Sementara tunggu jam 6.30 ptg, kami berlegar-legar dan jalan-jalan dulu dalam Maju Junction tu. Sampai nak berbuka, kami masuk dan duduk. Tengok orang ramai jugak kat dalam restoran tu. Ada yang sambut befday pun ada.

Abby kata, memang berbaloi makan kat sini sebab puas hati dengan masakan melayunya. Sib baik, kalau tak puas hati cam tak berbaloi aku belanja dia. Aku ni semua redah. Semua lauk aku tibai sampai sakit perut kena sambal belacan dan tempoyak yang pedas tu.

Sehingga aku lupa yang aku tengah berpantang minum ais... alamak... sakit tekakku datang balik. Nyesal aku gomol air sirap bandung ros tu.

best nya makanan kat sini.. murahnya.. RM29 saja? worth it..!! makanannye semua nampak best..! Wed 19-Oct-2005 17:28
Posted by:ctredzuan ctredzuan@yahoo.com  - [Link]
meajakuu punya makanan mmg sedap. tempat dia pun cantik... Thu 27-Oct-2005 02:33
Posted by:ratnamurniwati  - [Link]
Add comment


Friday, 14-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA BUDAK PRAKTIKAL @ METADOME

Dari kiri: Hata, budak blur, biru tu aku tak kenal, dan Syed
Amoi, Budak blur, dan puteri-puteri yg aku tak sempat berkenalan
Aku dan Paan aka ustaz Malaya
View all 4 photos...
Semalam, aku tegur Hata di ym
ingatkan dia bila nak hantar FonNovela terbaru
kalau submit boleh la cheque untuk belanja raya
lalu dibalasnya, kau jangan tanya aku pasal FonNovela
sebab aku tengah sibuk ngan kertas kerja, assignment bagai
Ye la, aku tak nak cakap lagi pasal FonNovela
tak nak paksa orang hantar
sendiri mau ingat la kan

Jadi, dia hadiahkan aku dengan gambar-gambar kenangan
gambar aku dan budak-budak praktikal
sebenarnya aku kurang mesra sangat ngan kalian
sebab aku ni jenis pendiam
tak banyak tegur
tapi aku OK

Yang mesra ngan aku, Hatta
hehehe... Hatta yang mengajar aku tentang camna nak compile FonNovela
terima kasih Hata
Kalau takde Hatta dah tentu aku masih blur
dan tak kenal apa itu FonNovela

kemudian, aku kenal Paan aka Ustaz Malaya
dia ni memang power IT
sebab dia ada website dan nama domain sendiri
memang power budak chubby nih
respek spring aku kat dia... toing... toing... (10 kali)
tapi sayangnya, website FonNovela yang direkanya itu
tinggal batu nisan kerana tiada penjagaan dari sesiapa
terpaksa aku buat blog sendiri untuk FonNovela

Kemudian, aku kenal Syed
entah kenapa aku rasa Syed begitu rapat dengan hidup aku
aku senang mengenali jiwa dan rasa nya melalui blognya
berbual pun sekali sekala
dia minat dikir barat dan aku pun minat dikir barat
maklumlah kita sama oghe Kelate
jadi aku rasa tiada jurang
dia pernah menghantar email
mengingatkan aku tentang satu persamaan hobi dan citarasa
citarasa dalam menterjemahkan kehidupan
Syed kehilangan orang tua kesayangan dan aku jua begitu
aku dapat memahami jiwa syed kerana aku juga merasa rintih tangis
ya dalam hidup ini cuma ada dua
cinta dan kematian
aku tahu itu....

Terima kasih buat semua kerana
kalian masih dihati walaupun aku kurang mesra ngan kalian.
selamat maju jaya untuk semua

Care to comment?


Thursday, 13-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
SAJE NAK PROMO

 
 
 

selamat berpuasa..
promo free tak dpt royalti la kan..
Thu 13-Oct-2005 07:22
Posted by:jejaka  - [Link]
Add comment


Tuesday, 11-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
BAYU DI TANAH LOT, BALI

 
 
 
View all 6 photos...
Bila bayu bersisir
angin bagai menceritakan segala
pada hati yang bernafsu
pada cinta yang sendu
kepingin aku yang hilang
kerana tiada jiwa yang melihat
tiada hati yang mencongak'

Aku kian sendu terus
mahu mengingati detik cinta dinodai
dalam kamar yang mulia
aku terus terusan menyelongkar takut ada ombak tiba
mengganas dari dulu
hingga kini tak hilang

Sepi bayu
dalam kalut ini
kau tak usah tiba
pergilah bersama angin yang damai
tinggal aku dalam bingung
sendirian.

~Malique
7.11 pagi 12 Okt 2005

Beautifully composed shots.....with great light. Wed 12-Oct-2005 00:28
Posted by:Steve Troy  - [Link]
great!..nice shot..keep it up dude! Wed 12-Oct-2005 17:11
Posted by:saiful  - [Link]
Add comment


Sunday, 9-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
EXPO SONY 2005 @ KL CONVENTION CENTRE

 
 
 
View all 6 photos...
Gambar kurang bermutu sebab guna kamera di telefon bimbit sony Ercson k500i.

Care to comment?


Wednesday, 5-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
PENGHUBUNG RAPID KL LRT - MONORAIL

 
 
 

Care to comment?


Tuesday, 4-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
PENCARIAN KEDIAMAN IMPIAN

 
 
 
View all 4 photos...

Care to comment?


Monday, 3-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
BEFDAY FERHAD, MY BIG BOS @ METADOME

 
 
 
View all 5 photos...

Hi! We are from MMXtreme Technologies Corp...we would like to greet the Big Boss of Metadome Happy Birthday!
from your partners in the Philippines...
Tue 11-Oct-2005 04:51
Posted by:Merian A. Bueno merian_bueno@yahoo.com
Add comment


Sunday, 2-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
KONSERT GEMILANG ANUGERAH ERA 2005

 
 
 
View all 6 photos...

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.