|
|
| Thursday, 20-May-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
IIFA @ Singapore
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-May-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pulau Redang Terengganu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 13-May-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LAUNCHING LEVEL 4 @ WESTIN HOTEL, KUALA LUMPUR
|
 |
|
Peralatan yang canggih
|
|
 |
|
Lengkap tapi kenapa sempit sangat?
|
|
 |
|
Komputer yang mengisi maklumat ahli kelab
|
| | View all 12 photos... |
|
Atas dasar ingin mengambil hati si penjemput, saya mencuri masa untuk ke pelancaran sebuah kelab kesihatan ekskutif hotel Westin Kuala Lumpur. Sesampai di sana, pengunjung tidaklah seramai mana. Cuma yang ada wartawan dan penulis majalah kesihatan. Saya di layan dengan begitu mesra dengan penyambut tetamu dan diberi penerangan yang detail tentang gymnasium yang saya rasa tidaklah seluas mana. Cuma yang membezakan mungkin dari segi rekabentuk serta kelengkapan yang canggih menggunakan sistem terkini.
Sekiranya anda berminat, boleh mendaftarkan diri dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM 2000 setahun dan yuran bulanan sebanyak RM 200 sebulan atau boleh dibayar sekaligus RM2000 untuk setahun. Murah bagi sesiapa yang mempunyai daya selera yang tinggi untuk beriadah. Mahal bagi yang sesiapa yang mempunyai alternatif lain seperti bersenam di Tasik Titiwangsa seperti saya!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-May-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tour @ Radio Era Konti
|
 |
|
Ramai-ramai bergambar
|
|
 |
|
Azaril... fanatik Era yang ala-ala
|
|
 |
|
Kemunculan Nana and Fauzana
|
| | View all 29 photos... |
|
Rentak Muzik Terkini-amat sinonim dan sebati dengan Era.fm. Satu ungkapan yang tidak asing bagi pendengar setianya yang bukan jumud kepada bangsa Melayu sahaja, malah semua bangsa di Malaysia. Ini kerana Era.fm menyalurkan maklumat terkini dan penuh informasi.
Hari ini, tarikh keramat dimana saya dan 5 lagi peminat fanatik Era.fm dibawa menjelajah ke konti Era.fm. Sebenarnya, bukan senang untuk menjejakkan kaki ke kontinya tanpa kerjasama majalah Eh! Terima kasih Eh! atas kolaborasi yang mantap dan padu. Era.fm dimata kami pembaca setia Eh! bukan perkara asing. Sejak semusim kolaborasi berputik dipurnama Julai 2003, gabungan dua nama yang sehati sejiwa ini seiring dan sejalan mengorak langkah bersama. Segala perkembangan Era.fm, ditatap dengan penuh minat dan bangga menjadikan hubungan kami bertambah erat dengan dua nama ini.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-May-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Show Misha @ Planet Hollywood
|
|
Siapa tidak kenal dengan kepopularitian Misha yang kini boleh dikatakan ditahap yang cukup membanggakan. Kepopularitian itulah yang membawa saya menjengah seketika ke Planet Hollywood untuk menerokai kehebatan Misha di pentas yang bakal dihadiri oleh peminat fanatiknya.
Misha hadir bersama dengan lagu-lagunya yang termuat di dalam album pertamanya. Tidak juga tribute terhadap lagu-lagu evergreen yang saya kira banyak menguji kekuatan vokalnya.
Namun, show malam itu sedikit cacat dengan sikap peminat Misha yang tidak wajar. Sesetengah penonton di Malaysia ini saya rasa terlalu jakun dengan sekiranya melastik artis kesayangan mereka sendiri. Ini bukannya funfare atau pertunjukkan kampung . Ini adalah pentas eksklusif bandaraya yang terkenal. Saya cukup kecewa dengan peristiwa itu.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Apr-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Swiss Garden Hotel Kuantan, Pahang
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Apr-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Zouk KL
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Email | Share | | Bookmark |
|
HI-TEA BERSAMA SITI NURHALIZA @ KEDUTAAN MALAYSIA (2 APRIL 2005)
|
|
ATURCARA
>Ketibaan tetamu.
>Ketibaan Yg Bhg Cik Siti Nurhaliza Tarudin
>Ucapan aluan daripada Yg Bhg, Dr Syed Raisudin Syed Abdullah, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia merangkap Penasihat Jawatankuasa Induk Majlis
>Ucapan daripada Yg Bhg En Fadzli Yaakob, Pengarah Eksekutif Putra World Trade Centre (Putrade)
>Sepatah dua kata daripada Yg Bhg Cik Siti Nurhaliza Tarudin
>Sesi bersama Siti Nurhaliza bermula
>Jamuan... makan mee hun. roti jala... kuiih muih Malaysia dan air teh tarik.. sedap giler org Melayu kat London nih masak
JAWATANKUASA INDUK
Penaung
TYT Dato Abdul Aziz Mohamed
Penasihat
Dr Syed Raisudin Syed Abdullah
Dibantu oleh
Mohd Nazir Musa, Ali Hamid, Hj M Rahim Rahman, Hashim Abu Hussain, Zakaria Abu Bakar dan seluruh staf di Jabatan Penuntut Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
Email | Share | | Bookmark |
|
SUTERA INN PRIMA KOTA BHARU; DAMAI KESEDERHANAAN
|
|
Memang pelik apabila kita dengar orang Kelantan melawat negerinya sendiri. Itulah yang kawan malique cakap. Macam tidak ada negeri lain untuk dilawati. Kasi peta dunia, nah! tengoklah banyak lagi tempat yang boleh diziarahi. Tunggu kumpul duit je bebanyak, baru sampai hajat dihati.
Kononnya kata si teman, "buek beghapiskan bogheh"... Persoalannya rugi ke saya melawat negeri saya sendiri? Rasanya tidak salah pun. Dan tidak rugi sesen pun kerana saya menggunakan voucher penginapan Sutera Inn yang saya menangi ketika menyertai game show Roda Impian tahun lepas.
Alangkah bernasib baik dan terlebih untung saya kerana saya mendapat dua pakej pelancongan di negeri sendiri. Rasa sedikit ralat kalau tidak menebus voucher ini. Sementelah lagi apa yang saya harap tidak berhasil dan menjadi kenyataan. Tidak mengapa kerana kita mesti berpegang pada ketentuan Tuhan. Rezeki dan nasib ditanganNya. Satu voucher lagi rasanya saya akan jual kepada sesiapa yang mahu merasai 'berbulan madu' selama 4 hari 3 malam di Sutera Inn.
Apa-apa pun, saya bangga dilahirkan sebagai anak jati Kelantan. Kata seorang teman, rakyat Kelantan yang berjiwa KL. Lebih dahsyat, masih terngiang-ngiang lagi seorang teman mencaci saya sebagai 'Kelantan murtad' kepada saya. Datang Kuala Lumpur sudah lupa Kelantan. Saya menyangkal 'tuduhan layang' itu kerana sampai sekarang saya masih menggemari budu dan tempoyak untuk dicicah dengan ulam pegaga. Saya menyangkal 'e-mail layang' itu kerana saya masih mengekalkan percakapan dalam loghat Kelantan apabila berbicara dengan rakan senegeri.
Di luar sana, ramai lagi yang masih jahil asal usul dan hilang jati diri. (Yang terasa tu jangan marah pulak!). Sebabnya, ramai antara kita yang tidak tahu tentang tempat mereka. Tempat orang lain diagung-agungkan. Tengok sendiri orang yang kaya berduit ekstra...duit bertimbun dalam bank tidak tahu nak buat apa, selain tiap-tiap bulan melancong ke luar negeri. Katanya apa kelas melancong kat negeri sendiri!
Saya sendiri mengakui yang saya tidak berapa tahu selok belok jalan Kota Bharu. Apatah lagi bila kawan saya bertanya tentang tempat-tempat tertentu di Kelantan. Takkan saya nak tipu yang saya tidak tahu. Malu dan tebal muka juga jadinya kerana jahil tentang kampung sendiri. Namun, harap maafkan saya kerana saya sebenarnya tidak berjalan jauh ketika dibesarkan di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
JAM 5.00 PAGI
Bas e-Budaya yang saya naiki sungguh laju. Teruja juga. Berdegup jantung tatkala sampai dilurah gaung dan jalan jalan yang berliku. Tetapi tawakkal pada Tuhan Yang Esa. Dari dahulu sampai kini saya trauma. Tengoklah diri saya yang tidak punya kereta. Takut untuk pegang stereng kereta atau terus terang papa kedana untuk memilikinya!
Sesampai sahaja, terus disambut oleh wajah wajah tua sipenarik sapu yang bertanyakan tentang kemana mahu pergi. Saya cuma mengatakan yang saya tidak kemana-mana. Agak bodoh ayat saya!
Saya terus menghubungi Kak Nafsiah Yusoff sebagaimana yang dicadangkan oleh Pengurus Pemasaran Sutera Inn Prima ini supaya menghubungi telefon bimbitnya sebaik sahaja sampai di Kota Bharu. dalam hati saya berdetik, Kak Nafsiah baik sungguh orangnya sehingga dia memberi nombor telefon peribadi. Apa salahnya kalau saya terus menghubungi hotel dan bercakap dengan receptionist.
Komitmen pada kerjanya juga mengkagumkan. Masih ingat lagi, selepas saya menempah bilik suite di hotel 3 bintang itu, beberapa hari kemudian beliau menelefon saya untuk pengesahan bila saya akan sampai di Kota Bharu. Saya tidak pernah menemui layanan seperti ini. Biasanya kita yang akan menghubungi hotel untuk confirm tentang tarikh dan juga transfer dari stesen bas ke hotel. Buktinya, Hotel Grand Maya pun tidak sebaik layanan di sini. Kalau hendak dibandingkan hotel Grand Maya adalah hotel bertaraf 5 bintang. Sepatutnya lebih mesra dan berhemah dari hotel 3 bintang seperti Sutera Inn Prima.
Tidak sempat panas punggung saya menunggu, van transfer muncul di celah lorong di hadapan Kedai Telekom. Kelihatan ramai juga yang menanti di tempat ini kerana sangat strategik dan selamat. Lampu di kedai ini menerangi kegelapan. Menyenangkan lagi untuk mengecam saudara yang datang menjemput.
Dalam van, saya tidak banyak bercakap dengan pemandu. Cuma suara Deejay THR, Isma Halil Hamzah yang memecah kesunyian. Aku sempat tersengih mendengar celoteh seorang guru yang menghubungi Isma Halil. Guru ini menceritakan cerita seramnya menjumpai bangkai manusia tergantung di satu pokok. Katanya mungkin si mati berniat membunuh diri dengan menggantungkan dirinya. Kebetulan pokok tersebut berdekatan dengan tempat guru dan anak muridnya itu berkhemah. Apalagi setelah tidak tahan dengan bau busuk bangkai tersebut, mereka terus lari lintang pukang. Yang bodohnya guru ini tidak menceritakan pada sesiapa tentang penemuan tersebut. Aku rasa tidak sesuai langsung Isma Halil melayan pemanggil yang menceritakan cerita seram ketika subuh begini.
Setelah check in, aku terus ke bilik suite yang katanya berharga RM350 untuk satu malam. Ini bermakna 4 hari 3 malam aku disini, dekat RM1000 juga. Bilik bernombor 202 itu memang luas. Ianya dipisahkan kepada dua ruang. Ruang tamu dan ruang untuk beradu. Yang penting, ianya selesa
JAM 10 PAGI
Alang-alang sudah sampai ke Kelantan, tidak elok kalau saya tidak pulang menjenguk famili di kampung. Selepas sarapan, saya terus bersiap untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Adik Malique bising menyuruh supaya membawa ayam KFC untuk diratah.
Jadi, terpaksa berjalan 15 minit dari hotel ke pusat bandar. Letih juga berjalan. Terasa ingin juga merasa naik beca yang lalu lalang. Di sini, beca masih ada. Namun, sudah kurang sedikit berbanding dengan 10 tahun yang lalu. Itupun yang ada cuma orang-orang tua yang pencen. Orang muda mana yang ingin bekerja sebagai pengayuh beca di zaman canggih manggih ni?
JAM 2 PETANG
Berada di kampung adalah antara saat paling tenang. Tenang menatap rumah usang yang semakin tua dimamah masa. Namun, ketenangan yang dicari ada disini. Kokokkan ayam itik dibelakang rumah dan siulan burung kecil memang membuat saya merindui zaman kanak-kanak di desa permai ini.
JAM 5 PETANG
Saya terpaksa balik ke hotel. Letih masih bersisa. Dua tiga kali juga tersengguk-sengguk dalam teksi. Tambang teksi dari kampung ke bandar Kota Bharu cuma RM3.00. Itu pun sudah naik. Dulunya cuma RM2 sahaja. Nampaknya akan naik lagi setelah kenaikan harga petrol. Kebanyakkan kereta sewa (teksi) di Kelantan menggunakan mercedes lama yang mengggunakan diesel. Tidak ramai yang menggunakan kereta 'moden' seperti proton seperti terdapat di Kuala Lumpur.
JAM 7 MALAM
Hidangan ala carte pertama untuk hari pertama dihidangkan. Kebetulan Sutera Inn sedang mengadakan promosi Nasi Ikan Bakar Ulam Bali. Jadi saya memang sudah lama tidak merasa ulam kampung. Bunyi Ulam Bali macam aneh sedikit. Sebenarnya nasi yang dihidangkan bersama dengan makanan laut yang dibakar dan dihiaskan dengan pelbagai ulam. Itu yang sedetailnya. Semasa check in saya diberikan semua voucher untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Semuanya berharga RM500. Memang mahal makan di hotel. Tetapi penangannya sedap sehingga menjilat jari. Tidak rugi untuk merasai kelazatan makanan laut yang segar. Malam ini saya mencuba udang bakar sama ayam kampung bakar. Pergghh... sungguh enak sekali sehingga saya menambah satu mangkuk nasi lagi.
Malam saya habiskan dengan menonton TV sahaja. Mujur juga TV di hotel ini mempunyai rangkaian astro ria. Ini kali pertama saya mendapat bilik yang mempunyai rangkaian astroria. Biasanya cuma ada Star Movies dan Discovery Channel. Namun itu tidak lengkap juga kerana saya tidak dapat menonton kisah lanjutan 24 jam 7 malam di rangkaian AXN. Siri 24 sudah sebati dengan jiwa saya sejak musim pertama lagi. Ini adalah kali ke2 saya mengulang tayang bagaimana Jack Bauer menyelamatkan keluarga dan Senator Palmer dari pembunuh upahan dan pengganas. Sayang sekali saya tidak dapat menonton cerita penuh konflik itu sepanjang di sini.
|
|
|
|